Maksud Perniagaan Antarabangsa
ü Perniagaan antarabangsa ialah kegiatan jual beli yang dijalankan antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.
ü Ia melibatkan import, eksport dan entrepot.
ü Kedua-dua perniagaan import dan eksport terdiri daripada import dan eksport nyata dan
tak nyata.
Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa
Ø Perbezaan sumber alam semulajadi
Ø Perbezaan kos pengeluaran.
Ø Hubungan antarabangsa
Ø Perbezaan tahap teknologi antara sesebuah negara
Kepentingan Perniagaan Antarabangsa
Kepentingan Kepada Pengguna
- Dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
- Dapat mempelbagaikan pilihan yang beraneka jenis dan jenama
- Dapat menggunakan barang yang berkualiti pada harga yang rendah
- Meningkatkan taraf hidup kerana wujudnya banyak peluang pekerjaan.
- Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kerana pendedahan kepada teknologi yang baru.
Kepentingan Kepada Pengeluar
- Meluaskan pasaran- dapat meningkatkan jualan/ untung bertambah
- Membolehkan pengeluaran secara besar-besaran
- Kos pengeluaran dapat dijimatkan dan keuntungan meningkat
- Pertukaran pengetahuan dan teknologi meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan
- Lebih banyak sumber bahan mentah diperolehi
- Dapat menikmati ekonomi bidangan
Kepentingan Kepada Negara
- Menambahkan pendapatan Negara dan hasil kerajaan melalui duti kastam
- Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa
- Mendapat pertukaran asing- memperbaiki imbangan dagangan
- Mengurangkan pengangguran dengan wujudnya banyak peluang pekerjaan
- Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan tenaga pakar
- Kos pengeluaran dapat dikurangkan dan kualiti barang dapat dipertingkatkan
No comments:
Post a Comment