Sunday, 22 May 2011

Kadet Polis

PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA
1.    PENDAHULUAN
       (a) Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis di mana-mana sahaja di dalam
             Malaysia seperti yang diperintahkan oleh YB Menteri Dalam Negeri;
        (b) Pasukan Kadet Polis adalah:-
              (i)    Pegawai Kanan PKP
              (ii)   Pegawai Pangkat Rendah
              (iii)  Kadet
         (c) Penubuhan Kadet Polis adalah di sekolah-sekolah Menengah yang terbahagi kepada dua cawangan:
              (i)    PKP Wanita
              (ii)   PKP Lelaki
         (d) Ahli-ahli PKP (Kadet dan Pegawai Rendah Kadet) akan dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang telah
              dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan
              Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.
         (e) Pasukan Kadet Polis adalah bergabung dengan Polis Diraja Malaysia tetapi ahli-ahlinya bukan Pegawai Polis
              mengikut takrif yang terkandung dalam Akta Polis 1967.
2.    TUJUAN DITUBUHKAN
       (a) Peranan Belia Di Dalam "Nation Building"
            Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang
            dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara
            bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab.
       (b) Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
             (i)    Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal;
             (ii)   Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan
             (iii)  Memperkayakan masa lapang murid-murid
        (c) Sebagai satu strategi 'Perhubungan Polis-Masyarakat'
3. MATLAMAT
             Berasaskan pespektif-pespektif tersebut, tujuan-tujuan PKP adalah berikut:-
     (a)    Memperkenalkan murid-murid sekolah kepada tugas-tugas Polis pada amnya
     (b)    Menanamkan disiplin diri di alam persekolahan dan di luar sekolah
     (c)    Memupuk perasaan patuh kepada peraturan dan undang-undang
     (d)    Memupuk perasaan tanggungjawab dan kesedaran kepada masyarakat dan negara, khususnya dalam hal-hal
              keselamatan
     (e)    Mewujudkan semangat perpaduan serta menjalinkan hubungan erat di antara Polis dengan orang awam
     (f)     Menghindarkan anasir-anasir penyalahgunaan dadah, dan
     (g)    Membentuk kekuatan fizikal dan kecerdasan mental.
Allahyarham Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Mahamad Salleh bin Ismail telah mengatakan semasa   merasmikan PELANCARAN Pasukan Kadet Polis pada 2hb Mac 1970.
       "The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and
       healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new
       breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."
4.    KEAHLIAN
       Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun hingga
       21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka
       yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran mereka. Selain
       daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun.
5.    SYARAT KEAHLIAN
       (a)    Penuntut dari sebuah sekolah menengah berumur tidak kurang dari 14 tahun dan tidak lebih dari 21 tahun.
       (b)    Guru yang berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak lebih dari50 tahun dan telah diluluskan oleh YB Ketua Polis
               Negara dengan persetujuan YB Menteri.
       (c)    Penuntut yang tidak menjadi ahli Pertubuhan-Pertubuhan lain yang berpakaian seragam seperti Pengakap, SJAM,
               BSMM dan lain-lain.
       (d)   Semua ahli mestilah mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 135cm (4'6") bagi lelaki dan 128cm (4'3") bagi
               perempuan.
6.    LATIHAN
       Ketua Polis Daerah adalah dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan dan mengadakan perkara berikut:-
       (a)   Kawad -- semua jenis
       (b)   Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
       (c)   Pertolongan Cemas
       (d)   Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari dipengaruh
                olehnya
       (e)   Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali
       (f)    Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.
7.    ORGANISASI
       Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti susunan Polis biasa.
       Pasukan Kadet Polis dibahagikan kepada Kompeni dan Pelatun.
       Setiap pelatun itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari sebuah sekolah sahaja -- yang anggotanya semua lelaki
       atau semua perempuan.
       Satu Kompeni adalah mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang Komander Kompeni berpangkat Penolong
       Penguasa Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan Sekolah. Komander Kompeni
       adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua Sarjan Mejar.
       Ibu Pejabat Kompeni terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini berada.
       Satu pelatun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga orang kopral.
       Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah dan yang lain penuntut sekolah.

Berkhemah aktiviti yang menyeronokkan....

Perkhemahan…

Teknik memilih/membeli khemah dan tapak perkhemahan 

Teknik memilih/membeli khemah
Khemah adalah satu element terpenting dalan aktiviti perkhemahan. Meterial khemah yang baik adalah yang terpenting dalam perangcangan membeli khemah untuk memberi perlindungan dari hujan,panas,sejuk,angin,binatang dan serangga. Perkara yang harus diperhatikan dan diambil kira apabila kita membelinya ialah:

1.Jenama- jenama yang terkenal seperti colemen dan lain-lain, terkenal dengan kualiti yang baik, tetapi ada juga yang tidak berjenama berkualiti baik.

2.Harga-Bergantung kepada kemampuan dan keperluan

3.Kegunaan (fungsi)-untuk kepantai atau mendaki gunung atau sungai atau hutan sebab ia mempunyai fungsi yang berlainan


2.Perlindungan-dapat memberi perlindungan dengan baik daripada hujan,panas, sejuk dan haiwan merayap contoh mempunyai 'netting'. di pintu dan 'ventilation' yang baik; perhatikan apa yang terbaik yang ada pada khemah tersebut.

3.Ukuran- Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenam kerana ia menentukan keselesaan.

4.Kalis air-kebisaanya yang berjenama lebih baik walaupun bukan 100%

6.Tahan lasak-sebenarnya bergantung kepada cara anda menggunakan dan menjaganya.

7.Mudah dipasang dan dibuka- lagi senang dipasang lagi bagus

Jika khemah sudah ada, perlu pula ada kemahiran untuk memasangnya pula; belajarlah dari meraka yang mahir atau buat latihan berdasar rajah atau gambar cara memasang khemah tersebut. Bila sudah pandai, untuk mendirikan khemah kita kena tahu pula peraturan yang mesti diikuti iaitu:

1-Pasang khemah ditempat yang telah disediakan atau yang bersesuaian.

2-Pastikan jarak yang selamat antara khemah-khemah agar senang lalu dan jika berlaku kebakaran tidak semua khemah terlibat. jika ikut peraturan jarak yang selamat ialah 3 meter antara satu sama lain.

3-Bersihkan tapah perkhemahan contoh batu dan ranting

4-Jika berada dilaluan angin, elakan pintu masuk menghadap laluan tersebut.

5-Pasang khemah anda dengan kukuh (kuat), gunakan pemacak yang telah disediakan agar khemah tidak terbang jika angin kuat melanda.

6-Sebaik-baik cara pemasangan khemah ialah ada formasi yang teratur contoh bentuk bulat atau bentuk 'u'.

Apabila semua sudah siap, kebersihan khemah juga harus diperhatikan: ini untuk keselamatan kita juga. antara peraturan yang harus di ikuti ialah:
1-Jangan tinggalkan khemah dengan pintu terbuka, jika hendak buka juga pastikan memggunakan 'netting'. ini untuk mengelakan serangga atau binatang masuk kekhemah.

2-Bersihkan khemah dengan segera jika ia kotor akibat makanan atau sebagainya.

3.Jangan simpan baju basah dalam khemah atau mengantung atau meletakan baju  dimana-mana bahagian khemah.

4-Jangan merokok didalam khemah


Teknik memilih tapak perkhemahan dan tempat yang harus dihindarkan.


1-Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.

2-Terdapat sumber/punca air berhampiran.

3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.

4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus.

5-Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.

6-Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)

7-Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas, parking kereta dan lain-lain.

Manakala tempat yang harus dihidarkan ialah:

1-kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku)

2-Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)

3-berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.

4-Diatas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)

5-Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan khemah)

6-Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah)

7-Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat)

8-Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri.

9-Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia

10- Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang haiwan dan juga akan menakutkan haiwan)

11-Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit)

12.Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)

Nota:
Walauapa pun yang telah dicatitkan seperti diatas, tidak semua tapah perkhemahan memenuhi apa yang dikehendaki oleh kita.Ia bergantung kepada keadaan yang memungkinkan pertimbagan yang sewajarkannya untuk memilih tempat perkhemahan tersebut. ia bergantung kepada keadaan berikut:
1-Jangkamasa berkhemah, jika satu malam saja tidak perlulah smua yang disenaraikan diatas dipenuhi . Gunakan yang perlu sahaja

2-Bilangan peserta-jika ramai fikirkan yang perlu, jika sekadar berdua atau satu keluarga kecil memadai yang terpenting sahaja.

3-Jenis perkhemahan-berkaitan memilih tapak, ikut kesesuaian sesuatu program itu.

4-Keadaan alam sekeliling-jika dapat pemandangan yang menarik satu bonus.