Tuesday, 24 May 2011

Kadangkala...

"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

Mari Sertai Pasukan Kadet Polis


Perniagaan Antarabangsa (Perdagangan Tingkatan 4)

Maksud Perniagaan Antarabangsa

ü  Perniagaan antarabangsa ialah kegiatan jual beli yang dijalankan antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.
ü  Ia melibatkan import, eksport dan entrepot.
ü  Kedua-dua perniagaan import dan eksport terdiri daripada import dan eksport nyata dan
tak nyata.

Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa

Ø  Perbezaan sumber alam semulajadi
Ø  Perbezaan kos pengeluaran.
Ø  Hubungan antarabangsa
Ø  Perbezaan tahap teknologi antara sesebuah negara

Kepentingan Perniagaan Antarabangsa

Kepentingan Kepada Pengguna
-       Dapat memenuhi keperluan dan kehendak  pengguna
-       Dapat mempelbagaikan pilihan yang beraneka jenis dan jenama
-       Dapat menggunakan barang yang berkualiti pada harga yang rendah
-       Meningkatkan taraf hidup kerana wujudnya banyak peluang pekerjaan.
-       Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kerana pendedahan kepada teknologi yang baru.

Kepentingan Kepada Pengeluar
-       Meluaskan pasaran- dapat meningkatkan jualan/ untung bertambah
-       Membolehkan pengeluaran secara besar-besaran
-       Kos pengeluaran dapat dijimatkan dan keuntungan meningkat
-       Pertukaran pengetahuan dan teknologi meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan
-       Lebih banyak sumber bahan mentah diperolehi
-       Dapat menikmati ekonomi bidangan

   Kepentingan  Kepada Negara
-       Menambahkan pendapatan Negara dan hasil kerajaan melalui duti kastam
-       Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa
-       Mendapat pertukaran asing- memperbaiki imbangan dagangan
-       Mengurangkan pengangguran dengan wujudnya banyak peluang pekerjaan
-       Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan tenaga pakar
-       Kos pengeluaran dapat dikurangkan dan kualiti barang dapat dipertingkatkan

 

Perdagangan Dalam Negeri (Perdagangan Tingkatan 4)

Maksud Perniagaan dalam negeri
-       aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan antara penduduk dalam sesebuah negara.
-       Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya.
-       terdiri daripada dua - perniagaan borong dan perniagaan runcit.
Saluran Agihan

Maksud saluran agihan

-       proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai

Jenis Saluran Agihan

1.  Pengeluar – pemborong – peruncit –pengguna

2.  Pengeluar – Ejen – Peruncit – Pengguna

3.  Pengeluar – Pemborong – Pengguna

4.  Pengeluar – Peruncit – Pengguna

5.  Pengeluar– Ejen – Pengguna

6.  Pengeluar – Pengguna


Sistem Barter (Perdagangan Tingkatan 4)

Maksud sistem barter
-       Cara pertukaran barang dengan barang
-       Tidak menggunakan wang

Kelemahan sistem barter
1.         Masalah kemahuan tidak serentak
  tidak semua orang bersetuju menukarkan barang yang dia ada dengan barang yang
    kita miliki

2.         Sukar menetapkan kadar pertukaran
              barang yang hendak ditukarkan tidak sama nilai / saiz / ukuran

3.          Sukar membahagikan barang
– sebahagian barang dan benda hidup tidak boleh dibahagikan kepada bahagian kecil

4.         Sukar menyimpan barang yang rosak
               contoh sayuran, buah-buahan, ikan perlu ditukar segera

5.           Sukar membawa barang-barang besar dan berat
              contoh menukarkan 20 tan beras dengan dengan 20 batang kayu balak

Celoteh Selingan….

"Kalau perempuan lawa pendiam , Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...

"kalau perempuan tak lawa pendiam , Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

"kalau perempuan lawa berbuat jahat , Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman
nih...kesian

"kalau perempuan tak lawa berbuat jahat , Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak
huduh...

"kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu , Lelaki akan cakap: heroin sejati...!

" kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu , Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

"kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem , Lelaki akan kata: ok gak la....

" kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem , Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

"kalau perempuan lawa ditinggal kekasih . Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....

"kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih , Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

" kalau perempuan lawa penyayang binatang , Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh
kasih sayang

"kalau perempuan tak lawa penyayang binatang , Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang
harus menyayangi...

"kalau perempuan lawa bawa BMW , Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....

" kalau perempuan tak lawa bawa BMW " Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

"kalau perempuan lawa tak mau bergambar , Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar

" kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar , Lelaki akan kata: sedar pun diri...

" kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki , Lelaki akan cakap: caring sungguh....

" kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki , Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

"kalau perempuan lawa bersedih hati , Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy
forever

"kalau perempuan tak lawa bersedih hati ,Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

"kalau perempuan lawa masak , Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak
tu...

"kalau perempuan tak lawa masak , Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

"kalau perempuan lawa main2 miss call , Lelaki akan kata: takpe...

" kalau perempuan tak lawa main2 miss call , Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk
ni tau..

" kalau perempuan lawa hantar2 email , Lelaki akan kata: sukenya....

"kalau perempuan tak lawa hantar2 email , Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring

Belajar Menghargai...

Pesanan buat semua....


"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Monday, 23 May 2011

Teori Keperluan Maslow(Perdagangan Tingkatan 4)

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.
Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan tahap generasi.
Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.
Keperluan Fisiologi
Keperluan manusia paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan, tempat tinggal dan tempat belajar bagi bagi memenuhi kehendak pertama dan utama ini. Kata lain, apa-apa sahaja yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang. Sebagai contoh, pelajar kurang zat makanan dan pelajar tersebut tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa guru menerangkan di depan. Maka, guru tersebut perlu beri perhatian dan ambil berat kepada tanda-tanda kekurangan fizikal ini.
Keperluan Keselamatan
Setelah keperluan pertama dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat sekeliling, undang-undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Ianya merupakan keperluan lumrah bagi setiap yang bernyawa. Sebagai contoh, keselamatan di dalam kelas, makmal sains mahupun di padang ketika bersukan. Hal ini penting kerana pelajar akan merasa lebih selamat dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.
Keperluan Sosial
Dalam memenuhkan keperluan sosial pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian. Dalam konteks dalam kelas pula, pelajar akan berasa terganggu atau emosi jadi tidak stabil jika kelas berlaku pertengkaran apatah lagi jadi tegang apaabila dimarahi guru. Jadi, perlunya hubungan baik dan mesra antara pelajar dan antara pelajar dengan guru.
Keperluan Penghormatan
Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghormatan. Kita mahu berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Bagi seorang pelajar pula, ianya berkaitan dengan penerimaan oleh orang lain terhadap diri seseorang pelajar lain. Penerimaan rakan sebaya penting untuk rasa tidak tersingkir. Justeru itu, penerimaan guru sangat penting untuk membina keyakinan diri. Apabila diterima oleh rakan-rakan, pelajar tersebut dapat berinteraksi secara positif di dalam kumpulan. Apa yang guru dapat lakukan untuk memastikan supaya tahap ini dipenuhi adalah dengan menyediakan aktiviti yang membolehkan mereka berdamping dan saling mendampingi antara satu sama lain.
Keperluan Pencapaian Hasrat Diri
Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai hasrat diri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan hasrat diri atau kesempurnaan kendiri. Ianya berkaitan dengan apa yang seseorang itu boleh jadi dan ia mesti jadi iaitu potensinya dilahirkan. Jadi guru hendaklah memberi ruang kepada pelajar untuk memenuhi keseluruhan kendirinya. Sebagai contoh, kebebasan memilih aktiviti kokurikulum diminati. Selain itu, guru perlu sediakan rancangan belajar yang bebas dan fleksibel serta wujudkan sesi bimbingan supaya pelajar tidak ‘sesat’ dalam mengejar apa yang dihajati.
Hubungan antara Teori Keperluan Maslow dengan Insentif dan Ganjaran
Pembelajaran
Kalau kita teliti secara mendalam, kesemua tahap keperluan Maslow adalah sangat berkaitan rapat dengan langkah untuk mewujudkan insentif dan ganjaran pembelajaran. Perlu kita ingat, sebagai guru kejayaan seseorang pelajar memerlukan insentif dan ganjaran di rumah dan di sekolah. Jadi, apakah peranan seorang guru? Guru hendaklah mempelbagaikan insentif dan ganjaran supaya motivasi pelajar untuk belajar meningkat.
Dari segi terminologi, insentif bermaksud peransang, penggalak dan pendorong dan stimulasi kepada seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat atau sasaran. Ganjaran pula bermaksud sebagai hadiah (untuk perbuatan baik dan lain- lain). Erti kata lain, insentif dan ganjaran adalah alat penggerak kepada perlakuan untuk membangkitkan tindakan-tindakan ke arah positif. Selain itu, ia juga sebagai alat untuk meningkatkan motivasi pelajar atau guru dan untuk menghargai serta mengiktiraf ke atas sumbangan mereka di peringkat sekolah ataupun di peringkat yang lebih tinggi. Antara contoh insentif yang boleh dilaksanakan di sekolah ialah pasukan pidato sekolah akan diberi insentif makan percuma KFC jika mendapat Johan di peringkat gabungan atau negeri selain daripada insentif asas yang lain. Selain daripada itu, pelajar-pelajar yang dapat meningkatkan pencapaian peperiksaan, mereka akan dinaikkan ke kelas yang lebih baik. Kemudian, guru boleh juga sediakan insentif alternatif seperti pelajar yang tidak pernah ponteng sekolah akan diberikan kemudahan meminjam buku lebih di perpustakaan. Semua insentif di atas akan memenuhi keperluan pertama dan kedua dalam Teori Keperluan Maslow.
Manakala ganjaran yang dapat disediakan oleh pihak sekolah atau guru itu sendiri terbahagi kepada ganjaran sosial, ganjaran simbolik, dan ganjaran kewangan. Ganjaran sosial yang dimaksudkan adalah seperti pujian lisan, surat penghargaan, ucapan terima kasih, hadiah, berjabat salam, pujian, diminta pendapat, kata-kata dorongan dan lain-lain. Manakala ganjaran simbolik adalah pemberian yang memberi nilai dan makna kepada penerimanya.

Jangan Persiakan Usia Muda....

JANGAN PERSIAKAN USIA MUDA….
Nikmat usia muda jangan dipersiakan. Itulah pesan bijak pandai. Umur muda hanya datang sekali, sekejap pula tu. Jadi, usia muda perlu direbut sepenuhnya untuk mencapai kejayaan hidup, di dunia dan akhirat. Banyak kelebihan usia muda yang tidak dapat dinikmati ketika usia tua.
Ketika usia muda jiwa lebih bersemangat dan waja. Kata orang tua, darah muda mudah mendidih. Itu bukti semangat yang membara mudah untuk melakukan apa sahaja. Namun perlu berhati-hati, semangat membara itu perlu diarahkan kepada kebaikan. Banyak orang rosak hidupnya bermula ketika usia muda.
Justeru, amat penting ketika usia muda diisi dengan kehidupan yang mendatangkan kebaikan. Di kalangan kita ramai yang beranggapan sebaliknya. Kononnya, usia muda peluang untuk enjoy. Segala-galanya dirasakan hebat. Ketika usia muda masih belum ada tanggungjawab mengurus keluarga. Jadi, apa sahaja yang ingin dilakukan diteruskan tanpa berfikir panjang.

Malah ada yang berkata, masa muda peluang untuk melakukan apa sahaja tanpa memikirkan dosa dan pahala. Mereka berpendapat amat rugi jika pada usia muda tidak melakukan perbuatan dosa (maksiat hawa nafsu). Nanti tiada pengalaman. Apabila usia tua baru hendak cari pengalaman, tidak mungkin lagi sehebat usia muda.
Biasalah apabila sudah tua tidak berpeluang lagi untuk melakukan seperti orang muda. Ketika usia tua nafsu sudah kurang menyengat. Tambahan pula malu kepada anak cucu. Apa kata orang nanti, rumah kata pergi, kubur kata mari. Masa tua dikaitkan dengan masa hendak bertaubat. Masa tua ketika melakukan lebih banyak ibadat, hendak kumpul banyak pahala sebagai bekalan di akhirat.
Inilah silapnya kebanyakan anak muda kita. Soal dosa pahala dibuat main-main. Mereka lupa mati tidak menunggu usia tua baru berlaku. Banyak kita temui orang yang mati ketika usia muda. Seperti setandang kelapa, ada yang gugur ketika masih putik, masa muda, dan ada sampai ke tua.
Kita tidak boleh menduga sampai bila kita dapat hidup. Banyak kawan dan jiran kita yang masih muda telah mati. Sekarang ini ramai orang muda mati akibat kemalangan, penyakit berbahaya, dan tidak kurang akibat kesalahan sendiri seperti penagihan dadah yang membawa kepada penyakit Aids.
Tambahan pula, akibat dosa lebih mudah orang muda menemui maut. Perbuatan dosa memang berbahaya. Sebab itu agama menegahnya. Islam mengharamkan umatnya melakukan perbuatan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan orang lain. Larangan adalah bertujuan untuk kebaikan, bukannya menghalang kebebasan.
Jiwa muda yang bersemangat dan waja perlu dipacu ke arah kebaikan. Jangan tunggu usia tua baru ingin berusaha. Teori mengatakan usia lelaki bermula pada usia 40 tahun adalah dusta yang direka-reka untuk melekakan manusia.
Hakikatnya, usia 40 sudah tiba masa menuai hasil, bukan baru hendak bermula. Memang kita dapati ramai orang mula beroleh kejayaan dalam hidup seperti mendapat pangkat, harta dan kedudukan yang baik apabila usia hampir atau melebihi 40 tahun.
Ini bermakna untuk berjaya memerlukan usaha yang lama. Mereka yang berjaya mungkin telah berusaha sejak usia awal 20an sebaik selepas tamat pengajian, iaitu lebih kurang 20 tahun. Silapnya kita, usia 40 tahun baru nak mula berusaha bersungguh-sungguh. Bilakah agaknya baru berjaya? Adakah ketika usia 60 baru hendak berjaya? Rasanya dah lewat benar.
Tegasnya, kita jangan bertangguh lagi. Jalan memulakan kejayaan bermula sekarang. Masa tidak boleh diundur ke belakang, biarpun kita merasakan telah terlewat. Terlewat lebih baik daripada tidak mula langsung.
Jika dihayati betul-betul, berusaha cara betul membuatkan kita rasa enjoy. Berkerja dan beribadat juga enjoy. Hidup diisi dengan perkara berfaedah. Kepuasan akan lahir apabila kita menghargai masa dan beroleh apa yang diusahakan. Kebaikan yang dilakukan adalah santapan rohani paling lazat.
Individu yang membazirkan masa dengan berhibur, lepak, dan melakukan perbuatan dosa sebenarnya lapar jiwanya. Kegembiraan apa yang dilakukan sekadar nampak di luar. Hakikatnya mereka menanggung derita batin. Orang melakukan perbuatan ditegah agama tidak akan menikmati kebahagiaan hidup. Kita perlu sedar, hidup ini hanya sementara. Maut boleh datang menjemput kita bila-bila masa. Individu Muslim merasakan mati sentiasa hampir dengan dirinya. Sebab itu mereka bersegera melakukan kebaikan. Takut tidak dapat mengumpul bekalan yang cukup untuk tergolong mereka berboleh keuntungan di akhirat nanti.
Di akhirat nanti, orang yang masuk syurga merasa menyesal kerana tidak melakukan lebih banyak pahala untuk tinggal di tingkat syurga lebih baik. Di syurga nanti ada banyak tingkat yang disediakan kepada hamba berbeza-beza jumlah amalan yang dibawa.
Bayangkan, jika penghuni syurga merasa menyesal tidak melakukan lebih banyak amalan baik ketika hidup di dunia, apatah lagi keluhan mereka yang dicampakkan ke neraka. Setelah ajal datang, tidak ada lagi peluang untuk melakukan kebaikan. Jadi, ketika nyawa masih di badan inilah peluang untuk melakukan kebaikan.
Tugas kita di dunia ini memang banyak. Kata As Syahid Hasan al-Bana: ?Kerja kita lebih banyak dari masa yang ada.? Masa yang ada tidak mencukupi. Jadi, individu yang membazirkan masa sebenarnya tidak tahu menghargai masa. Mereka tidak tahu merebut masa yang dikatakan lebih bernilai daripada emas.
Masa muda amat berharga. Masa untuk kita melakukan kebaikan, bukan keburukan. Sebenarnya, tidak ada sedetikpun masa untuk keburukan, melainkan individu yang berjaya dilalaikan oleh syaitan. Syaitan menyuruh manusia melakukan keburukan. Itu sumpah syaitan.
Sesiapa tidak ingin jadi pengikut syaitan, maka dia perlu melakukan kebaikan. Kebaikan perlu dilakukan sepanjang masa. Bukan tunggu masa tua. Masa muda tenaga masih kuat. Lebih banyak kebaikan dapat dilakukan ketika muda berbanding masa tua. Sebab itu, di akhirat nanti Allah tanyakan tentang waktu muda ke mana dihabiskan. Ini membuktikan masa muda amat penting digunakan untuk kebaikan. Kita dapat hidup pada usia muda, tetapi belum tentu sampai masa tua.
Masa muda memang banyak cabaran. Sebab itu Rasulullah banyak memberi peringatan kepada golongan muda. Banyak hadis menyebut keistimewaan pemuda (juga pemudi) yang melakukan ibadat. Mereka juga diingatkan menghindarkan diri daripada maksiat.
Rasulullah amat memberi perhatian kepada golongan muda sebagai tonggak kekuatan dakwah. Sebilangan besar sahabat Rasulullah terdiri daripada orang muda, dan ada yang masih di peringkat usia kanak-kanak.
Nama-nama sahabat yang terkenal mula dibimbing oleh Rasulullah sejak usia muda. Antaranya Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam yang kedua-duanya berumur lapan tahun, Thalhah bin Ubaidillah (11), al-Arqam bin Abi al-Arqam (12), Abdullah bin Masud (14), dan Saad bin Abi Waqqash (17).
Rasulullah sedar potensi diri golongan muda. Golongan muda memiliki kesemua keistimewaan. Kemuncak keupayaan manusia adalah pada usia muda (sekitar usia 20 hingga 40 tahun). Malah Allah memilih usia sekitar 30 tahun sebagai usia penghuni syurga. Semua penghuni syurga akan berusia sekitar 30 tahun, biarpun ketika mati di dunia telah berusia lanjut.
Jadi, jangan persia-siakan usia muda. Carilah bekal ilmu, pengalaman, kekayaan, amalan baik dan sebagainya ketika usia muda. Umpamanya, masa muda merupakan masa terbaik mencari ilmu. Akal orang muda masih cerdas.
Keadaan kesihatan orang muda masih berada di tahap terbaik. Tahan cabaran untuk menuntut ilmu seperti lama berada di bilik kuliah, membuat rujukan, berjaga malam, menghafal dan sebagainya. Masa muda mampu bergerak ke sana ke mari untuk menuntut ilmu. Sebahagian besar pula belum lagi berumahtangga.
Bagaimanapun, ini tidak pula bermakna orang tua tidak perlu lagi menuntut ilmu. Proses menuntut ilmu berlangsung sepanjang hayat. Menuntut ilmu pada usia tua lebih kepada pengukuhan ilmu yang telah diperoleh ketika usia muda. Amat sukar jika pada usia tua baru hendak mula.
Justeru, kepada golongan muda, pergunakan masa yang ada untuk kebaikan. Jangan mudah dilalaikan dengan godaan dunia yang sementara. Ingatlah, kehidupan kekal adalah di akhirat nanti.

Belajar Tentang Hutan...

JOM MASUK HUTAN....
Hutan merupakan tumbuhan semula jadi yang begitu bernilai dari segi ekonominya. Hutan adalah harta atau khazanah bagi sesebuah negara. Keperluan manusia terhadap hutan juga begitu penting dari banyak aspek.
Manusia memerlukan kayu-kayan dari hutan untuk mendirikan rumah, membuat perabot dan sebagainya. Umumnya tumbuh-tumbuhan di hutan adalah sangat penting kepada manusia.
Penerokaan hutan telah lama dilakukan dan sehingga kini masih berterusan dilakukan oleh manusia. Terdapat beberapa sebab dan kepentingan masyarakat Melayu dahulu masuk ke hutan. Penerokaan atau penebangan balak tidaklah merupakan perkara yang penting pada masa lampau. Namun demikian terdapat juga orang berusaha ke arah itu, hanya sekadar untuk kegunaan membina rumah, tetapi apa yang lebih penting dalam penerokaan hutan ialah untuk mencan damar, rotan, buluh serta akar-akar kayu dan menangkap ikan juga berburu binatang.
Umumnya tujuan manusia ke hutan pada masa dahulu adalah sekadar untuk memenuhi keperluan asas sahaja. Usaha mencari damar yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan cahaya dari damar tersebut. Selain itu bahan tersebut juga boleh dijual untuk kegunaan pembuatan sarung peluru. Semasa zaman penjajahan British dahulu damar dibeli untuk dieksport ke luar negeri.
Selain mencari damar, masyarakat dahulu juga memasuki hutan untuk mencari rotan serta buluh. Rotan pada masa itu bukanlah untuk tujuan industri. Rotan digunakan bagi membuat alat-alat perumahan dan alat-alat lain untuk kegunaan umum. Buluh pula digunakan untuk membuat bubu atau lukah dan sebagainya.
Masyarakat Melayu pada zaman dahulu juga ke hutan untuk mencari petai, jering, umbut, keladi dan sebagainya. Kesemua bahan ini menjadi makanan kepada manusia. Masyarakat dahulu juga menganggap hutan sebagai punca untuk mendapatkan bahan-bahan perubatan. Akar-akar kayu dan lain-lain mudah diperoleh dari hutan rimba tempatan. Bahan yang diperoleh dari hutan ini adalah penting kepada manusia untuk ramuan membuat ubat.
Penerokaan manusia ke dalam hutan juga dilakukan bertujuan menjerat atau memburu binatang. Berbagai-bagai ikhtiar dilakukan oleh manusia untuk memperolehi sesuatu daripada hutan.
Dengan kata Iain manusia memang tidak dapat mengelakkan dirinya daripada hutan. Di dalam meneroka hutan belantara ini, manusia haruslah mempunyai berbagai petua yang patut dipatuhi demi menjaga kesejahteraan mereka ketika berada di dalam hutan.
KEPERCAYAAN BERHUBUNG DENGAN HUTAN
Umumnya manusia menganggap hutan sebagai tempat tinggal berbagai-bagai jenis binatang liar, jin dan jembalang. Warisan pemikiran masyarakat Melayu dikuatkan dengan beberapa dakwaan yang kononnya jika tidak mengikut adat atau tertib ke hutan, seseorang yang meneroka hutan akan ditimpa kesulitan seperti sesat di dalam hutan atau diresapi kuasa ghaib dan sebagainya.
Selain daripada menjadi tempat tinggal kumpulan syaitan, hutan juga merupakan daerah tempat pemasungan hantu. Dalam masyarakat Melayu, pawang adalah orang yang disegani. Kawasan hutan yang belum diterokai juga dianggap keras dan mempunyai berbagal-bagai rahsia dan kerenah yang tersendiri. Oleh itu kawasan-kawasan ini jika hendak diterokal haruslah melalui adat-adat yang tertentu. Maka atas anggapan dan kepercayaan ini, masyarakat Melayu pada masa dahulu telah membuat beberapa peraturan yang dikenali sebagai adat ketika berada di hutan.
Seperti disebutkan tadi, hutan rimba merupakan daerah atau tempat tinggal berbagai jenis binatang yang berbahaya kepada manusia. Binatang-binatang seperti ayam hutan, kambing gurun, badak sumbu dan sebagainya dikatakan mempunyai badi. Sekiranya seseorang cuba menembak binatang tersebut, maka dipercayai ‘badi’ binatang itu akan menghinggapinya. Manusia yang terkena badi biasanya akan ditimpa kesulitan seperti sakit meracau, gila dan sebagainya.
Sebagai jalan untuk mengelakkan manusia yang pergi ke hutan daripada terkena badi tersebut, maka beberapa peraturan tertentu diwujudkan. Peraturan inilah yang dikenali sebagai adat ke hutan.
PERATURAN UPACARA
Bahan-bahan tempatan diperlukan bagi tujuan melaksanakan adat atau petua ke hutan ini. Bahan-bahan kegunaan harian seperti Iimau nipis, daun kelapa, bertih adalah keperluan asas yang penting.
Di dalam perlaksanaan adat ini bahan-bahan seperti limau nipis, telur, bertih, sirih sekapur, kemenyan dan penunggal diperlukan. Bahan-bahan tersebut perlu disediakan untuk upacara sajian pada peringkat permulaan melaksanakan adat ini.
Kegunaan terhadap bahan-bahan ini ditentukan oleh pawang.
ADAT PERMULAAN KE HUTAN
Masyarakat Melayu mengamalkan adat dan petua tertentu untuk menjamin kesejahteraan manusia sejagat. Mereka percaya ia adalah suatu perkara yang baik dan patut diamalkan. Terdapat beberapa adat yang masih terus kekal hingga ke hari ini.
Bagi adat permulaan ke hutan, beberapa peringkat harus dilakukan demi mendapat kesejahteraan yang sewajarnya. Adat ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu. Pengenalan adat atau permulaan ke hutan ini akan dilakukan oleh mereka yang akan ke hutan.
PEMILIHAN HARI
Masyarakat Melayu masih lagi mempercayai kelebihan sesuatu hari bagi melakukan sesuatu upacara. Bulan atau hari yang dikira dalam hal ini ialah mengikut tahun Hijrah. Hari yang kurang baik untuk masuk ke hutan ialah hari Selasa akhir bulan Melayu, dan tujuan berkenaan haruslah dielakkan.
Hari yang baik untuk melakukan upacara seumpama ini ialah hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Hari-hari tersebut dipercayai mendatangkan manfaat yang lebih. Waktu yang baik bagi melaksanakan adat ini ialah pada sebelah pagi.
Pada peringkat permulaan jika seseorang itu hendak ke hutan, dia perlu menjemput pawang untuk melaksanakan adat sajian itu.
Upacara adat sajian ini diadakan sebagai suatu persembahan kepada penunggu hutan. Sebuah dulang yang telah dilsikan dengan segala peralatan yang berkaitan perlu disediakan.
Apabila segala peralatan tersebut telah disediakan, maka pawang akan menjampinya. Ini bertujuan menghalau atau menjauhkan hantu dan segala bahaya yang ada di dalam hutan. Upacara ini dilakukan di atas rumah.
Setelah sajian itu dijampi oleh pawang, dia akan melakukan upacara pancak penunggal pula dan semua peralatan dibawa ke halaman rumah. Orang yang akan meneroka atau yang akan masuk ke hutan pula akan diberi pinang sepiak, iaitu pinang yang telah dijampi. Segala peralatan tersebut kemudiannya diletakkan pada suatu tempat khas, iaitu pada pangkal pokok atau sebagainya, kecuali sebiji limau nipis yang akan diambil oleh pawang.
Limau yang telah diambil oleh pawang tersebut akan diberikan kepada orang yang akan ke hutan sebagai ‘pengeras semangat’. Kononnya syaitan takut kepada bau limau itu.
PANTANG LARANG SEMASA DI HUTAN
Terdapat beberapa petua yang patut menjadi ingatan kepada mereka yang akan ke hutan. Di antara pantang larang tersebut adalah seperti petua semasa mula turun ke hutan, bersiul semasa dalam perjalanan, melaung ketika berada di hutan, berburu binatang dan tidur di atas pokok.

PERMULAAN TURUN KE HUTAN
Andainya seseorang yang baru turun dari rumah untuk ke hutan tiba-tiba dilintasi ular dalam perjalanannya, maka dipercayai ini merupakan suatu petanda yang tidak baik. Orang tersebut haruslah naik semula ke atas rumah dan mengambil pinang sepiak dan memakannya kemudian barulah turun semula untuk meneruskan perjalanan.
Turun tangga haruslah dengan langkah kaki kanan. Sebelum turun didahului dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim. Mereka juga tidak boleh berpatah balik.
Bersiul Semasa Dalam Perjalanan
Bersiul semasa dalam perjalanan adalah ditegah. la dipercayai menjemput kedatangan ular. Bersiul di dalam hutan pula dilarang sama sekali kerana ini akan menarik perhatian berbagai jenis binatang buas. Apabila kehadiran orang yang memasuki hutan itu diketahui oleh binatang buas, dirinya berada dalam keadaan bahaya.
Melaung Semasa di Hutan
Perbuatan melaung di hutan juga ditegah. Melaung atau bercakap dengan kuat dipercayai akan menarik perhatian berbagai-bagai jenis jembalang serta binatang buas yang ada di dalam hutan.
Sekiranya orang yang masuk hutan itu melaung, maka laungan itu dipercayai akan disahut oleh jembalang dan andainya perkara seumpama ini terjadi, maka kejadian seperti sesat di hutan akan berlaku.
Berburu Binatang
Sekiranya tujuan seseorang ke hutan adalah untuk berburu, dia tidak boleh berpecah daripada kumpulan kawan-kawannya. Sekiranya dia berpecah juga, maka akan terjadi sesuatu yang tidak baik, misalnya tertembak rakan sendiri atau sebagainya. Mengikut kepercayaan, jembalang akan menyerupai wajah rakan seseorang dan wajah rakan itu pula akan menyerupai binatang yang hendak diburu. Sekiranya hal ini terjadi, maka malanglah bagi mereka yang pergi berburu di hutan itu.
Tidur di Atas Pokok
Mereka yang pergi ke hutan dilarang tidur di atas pokok. Jika berbuat demikian dipercayai mereka akan diganggu oleh jembalang terbang. Tujuan sebenarnya jika seseorang tidur di atas pokok, sukar baginya melarikan diri apabila berlaku sebarang musibah.

Sunday, 22 May 2011

Kadet Polis

PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA
1.    PENDAHULUAN
       (a) Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis di mana-mana sahaja di dalam
             Malaysia seperti yang diperintahkan oleh YB Menteri Dalam Negeri;
        (b) Pasukan Kadet Polis adalah:-
              (i)    Pegawai Kanan PKP
              (ii)   Pegawai Pangkat Rendah
              (iii)  Kadet
         (c) Penubuhan Kadet Polis adalah di sekolah-sekolah Menengah yang terbahagi kepada dua cawangan:
              (i)    PKP Wanita
              (ii)   PKP Lelaki
         (d) Ahli-ahli PKP (Kadet dan Pegawai Rendah Kadet) akan dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang telah
              dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan
              Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.
         (e) Pasukan Kadet Polis adalah bergabung dengan Polis Diraja Malaysia tetapi ahli-ahlinya bukan Pegawai Polis
              mengikut takrif yang terkandung dalam Akta Polis 1967.
2.    TUJUAN DITUBUHKAN
       (a) Peranan Belia Di Dalam "Nation Building"
            Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang
            dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara
            bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab.
       (b) Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
             (i)    Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal;
             (ii)   Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan
             (iii)  Memperkayakan masa lapang murid-murid
        (c) Sebagai satu strategi 'Perhubungan Polis-Masyarakat'
3. MATLAMAT
             Berasaskan pespektif-pespektif tersebut, tujuan-tujuan PKP adalah berikut:-
     (a)    Memperkenalkan murid-murid sekolah kepada tugas-tugas Polis pada amnya
     (b)    Menanamkan disiplin diri di alam persekolahan dan di luar sekolah
     (c)    Memupuk perasaan patuh kepada peraturan dan undang-undang
     (d)    Memupuk perasaan tanggungjawab dan kesedaran kepada masyarakat dan negara, khususnya dalam hal-hal
              keselamatan
     (e)    Mewujudkan semangat perpaduan serta menjalinkan hubungan erat di antara Polis dengan orang awam
     (f)     Menghindarkan anasir-anasir penyalahgunaan dadah, dan
     (g)    Membentuk kekuatan fizikal dan kecerdasan mental.
Allahyarham Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Mahamad Salleh bin Ismail telah mengatakan semasa   merasmikan PELANCARAN Pasukan Kadet Polis pada 2hb Mac 1970.
       "The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and
       healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new
       breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."
4.    KEAHLIAN
       Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun hingga
       21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka
       yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran mereka. Selain
       daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun.
5.    SYARAT KEAHLIAN
       (a)    Penuntut dari sebuah sekolah menengah berumur tidak kurang dari 14 tahun dan tidak lebih dari 21 tahun.
       (b)    Guru yang berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak lebih dari50 tahun dan telah diluluskan oleh YB Ketua Polis
               Negara dengan persetujuan YB Menteri.
       (c)    Penuntut yang tidak menjadi ahli Pertubuhan-Pertubuhan lain yang berpakaian seragam seperti Pengakap, SJAM,
               BSMM dan lain-lain.
       (d)   Semua ahli mestilah mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 135cm (4'6") bagi lelaki dan 128cm (4'3") bagi
               perempuan.
6.    LATIHAN
       Ketua Polis Daerah adalah dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan dan mengadakan perkara berikut:-
       (a)   Kawad -- semua jenis
       (b)   Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
       (c)   Pertolongan Cemas
       (d)   Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari dipengaruh
                olehnya
       (e)   Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali
       (f)    Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.
7.    ORGANISASI
       Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti susunan Polis biasa.
       Pasukan Kadet Polis dibahagikan kepada Kompeni dan Pelatun.
       Setiap pelatun itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari sebuah sekolah sahaja -- yang anggotanya semua lelaki
       atau semua perempuan.
       Satu Kompeni adalah mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang Komander Kompeni berpangkat Penolong
       Penguasa Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan Sekolah. Komander Kompeni
       adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua Sarjan Mejar.
       Ibu Pejabat Kompeni terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini berada.
       Satu pelatun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga orang kopral.
       Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah dan yang lain penuntut sekolah.

Berkhemah aktiviti yang menyeronokkan....

Perkhemahan…

Teknik memilih/membeli khemah dan tapak perkhemahan 

Teknik memilih/membeli khemah
Khemah adalah satu element terpenting dalan aktiviti perkhemahan. Meterial khemah yang baik adalah yang terpenting dalam perangcangan membeli khemah untuk memberi perlindungan dari hujan,panas,sejuk,angin,binatang dan serangga. Perkara yang harus diperhatikan dan diambil kira apabila kita membelinya ialah:

1.Jenama- jenama yang terkenal seperti colemen dan lain-lain, terkenal dengan kualiti yang baik, tetapi ada juga yang tidak berjenama berkualiti baik.

2.Harga-Bergantung kepada kemampuan dan keperluan

3.Kegunaan (fungsi)-untuk kepantai atau mendaki gunung atau sungai atau hutan sebab ia mempunyai fungsi yang berlainan


2.Perlindungan-dapat memberi perlindungan dengan baik daripada hujan,panas, sejuk dan haiwan merayap contoh mempunyai 'netting'. di pintu dan 'ventilation' yang baik; perhatikan apa yang terbaik yang ada pada khemah tersebut.

3.Ukuran- Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenam kerana ia menentukan keselesaan.

4.Kalis air-kebisaanya yang berjenama lebih baik walaupun bukan 100%

6.Tahan lasak-sebenarnya bergantung kepada cara anda menggunakan dan menjaganya.

7.Mudah dipasang dan dibuka- lagi senang dipasang lagi bagus

Jika khemah sudah ada, perlu pula ada kemahiran untuk memasangnya pula; belajarlah dari meraka yang mahir atau buat latihan berdasar rajah atau gambar cara memasang khemah tersebut. Bila sudah pandai, untuk mendirikan khemah kita kena tahu pula peraturan yang mesti diikuti iaitu:

1-Pasang khemah ditempat yang telah disediakan atau yang bersesuaian.

2-Pastikan jarak yang selamat antara khemah-khemah agar senang lalu dan jika berlaku kebakaran tidak semua khemah terlibat. jika ikut peraturan jarak yang selamat ialah 3 meter antara satu sama lain.

3-Bersihkan tapah perkhemahan contoh batu dan ranting

4-Jika berada dilaluan angin, elakan pintu masuk menghadap laluan tersebut.

5-Pasang khemah anda dengan kukuh (kuat), gunakan pemacak yang telah disediakan agar khemah tidak terbang jika angin kuat melanda.

6-Sebaik-baik cara pemasangan khemah ialah ada formasi yang teratur contoh bentuk bulat atau bentuk 'u'.

Apabila semua sudah siap, kebersihan khemah juga harus diperhatikan: ini untuk keselamatan kita juga. antara peraturan yang harus di ikuti ialah:
1-Jangan tinggalkan khemah dengan pintu terbuka, jika hendak buka juga pastikan memggunakan 'netting'. ini untuk mengelakan serangga atau binatang masuk kekhemah.

2-Bersihkan khemah dengan segera jika ia kotor akibat makanan atau sebagainya.

3.Jangan simpan baju basah dalam khemah atau mengantung atau meletakan baju  dimana-mana bahagian khemah.

4-Jangan merokok didalam khemah


Teknik memilih tapak perkhemahan dan tempat yang harus dihindarkan.


1-Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.

2-Terdapat sumber/punca air berhampiran.

3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.

4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus.

5-Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.

6-Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)

7-Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas, parking kereta dan lain-lain.

Manakala tempat yang harus dihidarkan ialah:

1-kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku)

2-Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)

3-berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.

4-Diatas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)

5-Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan khemah)

6-Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah)

7-Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat)

8-Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri.

9-Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia

10- Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang haiwan dan juga akan menakutkan haiwan)

11-Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit)

12.Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)

Nota:
Walauapa pun yang telah dicatitkan seperti diatas, tidak semua tapah perkhemahan memenuhi apa yang dikehendaki oleh kita.Ia bergantung kepada keadaan yang memungkinkan pertimbagan yang sewajarkannya untuk memilih tempat perkhemahan tersebut. ia bergantung kepada keadaan berikut:
1-Jangkamasa berkhemah, jika satu malam saja tidak perlulah smua yang disenaraikan diatas dipenuhi . Gunakan yang perlu sahaja

2-Bilangan peserta-jika ramai fikirkan yang perlu, jika sekadar berdua atau satu keluarga kecil memadai yang terpenting sahaja.

3-Jenis perkhemahan-berkaitan memilih tapak, ikut kesesuaian sesuatu program itu.

4-Keadaan alam sekeliling-jika dapat pemandangan yang menarik satu bonus.

Thursday, 19 May 2011

Mari Bersukan


Kepentingan Bersukan
Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk kesihatan? Terdapat beberapa kepentingan bersukan, contohnya untuk otak yang cerdas, saluran darah yang lancar, menyebabkan mental dan fizikal yang cergas dan dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
Salah satu kepentingan sukan ialah otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa.
Selain daripada itu, bersukan juga menyebabkan saluran darah yang baik.
Di samping itu, sukan boleh membuat persiapan dari segi fizikal atau mental.
Seterusnya, sukan juga boleh mengisi masa lapang. Daripada kita membuang masa yang terluang, sekurang-kurangnya kita boleh mengisi sesuatu yang berfaedah.
Oleh sebab itu, saya menegaskan bahawa sukan memainkan peranan yang penting dalam diri kita dan sekiranya kita tidak bersukan kesihatan akan terjejas.

Resepi Kejayaan

RESEPI KEJAYAAN
ULI DAN KENTAL SEGENGGAM USAHA DAN SEMANGKUK KETEKUNAN.RENJISKAN DENGAN SELITER KEYAKINAN DAN SECAWAN KETEKUNAN. UNTUK MELAZATKAN LAGI TAMBAH SECUBIT SENYUMAN
Katanya,
Jangan kamu duduk disamping orang yang berilmu, kecuali ianya mengajak kamu menghilangkan LIMA perkara dan menanam LIMA perkara :
1] menghilangkan RAGU menanamkan YAKIN
2] menghilangkan RIYA' menanamkan IKHLAS
3] menghilangkan CINTA DUNIA menanamkan ZUHUD
4] menghilangkan SOMBONG menanamkan RENDAH DIRI
5] menghilangkan PERMUSUHAN menanamkan PERSAHABATAN
PERUBAHAN SIKAP
Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan kepada setiap individu. Ia tidak kira dalam seisi formal atau tidak formal. Dalam menuntut ilmu apa yang ada adalah sikap untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. Kita juga berpeluang untuk belajar dari sahabat yang berkongsi maklumat dengan kita. Itu adalah saat yang menyeronokkan dalam situasi pembelajaran.